I. PERJALANAN KELUAR DARI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Objektif:
Sebagai garis pandu bagi pekerja yang keluar dari Negara Brunei Darussalam ke Negara asal melalui pengangkutan udara semasa fasa awal endemik.
Bagi pekerja untuk mengikuti prosedur pra-pelepasan dari Negara Brunei Darussalam yang teratur menurut tatacara yang ditetapkan oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam.
A. SYARAT-SYARAT PRA-PELEPASAN
1. Individu yang membuat perjalanan keluar dari Negara Brunei Darussalam dikehendaki
untuk mendapatkan Kebenaran Keluar Negara (Exit Approval) dahulu melalui laman
portal Jabatan Perdana Menteri
2. Setelah permohonan Kebenaran Keluar Negara (Exit Approval) diiktiraf, individu boleh
mendapatkan Single Entry Visa dari Agensi Pekerja
Individu dikehendaki untuk membuat pembayaran bagi pra-pelepasan ujian swab PCR (BND80) sebelum tarikh pelepasan
Pembayaran bolehlah dibuat beberapa hari sebelum perjanjian pra-pelepasan ujian swab ataupun dibuat pada hari perjanjian pra-pelepasan ujian swab tersebut
Pembayaran boleh dibuat di bangunan utama, Hospital RIPAS, Kaunter 16
Kaunter pembayaran akan dibuka pada jam 8 pagi - 3 petang (Isnin hingga Khamis dan Sabtu). Kaunter akan ditutup pada hari Juma’at, Ahad dan cuti awam
Individu dikehendaki untuk menjalankan ujian swab PCR dalam tempoh 48 jam sebelum bertolak dari Negara Brunei Darussalam
Ujian swab akan dijalankan di Kompleks Sukan, Hospital RIPAS
Waktu operasi bermula pada jam 8 pagi - 8 malam (Isnin hingga Khamis, Sabtu dan Ahad) dan setiap hari Juma’at pada jam 8 pagi - 12 tengah hari dan 2 petang - 8 malam.
Pusat swab tersebut akan ditutup setiap hari pada jam 12 tengah hari - 1 petang untuk kerja pembersihan.
Dokumen yang perlu disertakan adalah: salinan pasport, Kebenaran Keluar Negara yang telah diiktirafkan, tiket jadual perjalanan penerbangan dan resit pembayaran BND80
Syarat-syarat tersebut akan dibuat oleh pihak Syarikat, Bahagian Sumber Manusia
B. SEMASA MEMBUAT PENDAFTARAN MASUK (CHECK-IN) DI LAPANGAN TERBANG,
INDIVIDU DIKEHENDAKI UNTUK MENGEMUKAKAN DOKUMEN-DOKUMEN BERKENAAN
KEPADA PIHAK SYARIKAT PENERBANGAN:
Rekod vaksin yang menunjukkan individu telah melengkapkan vaksinasi COVID-19
- Samaada sijil digital yang tertera pada aplikasi BruHealth atau Buku Kuning
Pasport yang sah
Kebenaran Keluar Negara (Exit Approval) yang diiktirafkan (printed)
Tiket jadual perjalanan penerbangan
Keputusan ujian swab PCR negatif yang diperolehi dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas
C. PROSEDUR SETELAH KETIBAAN
Individu adalah dikehendaki untuk mengikuti garis pandu dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Lapangan Terbang setelah tibanya di negara berkenaan.
II. PERJALANAN MASUK KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Objektif:
Sebagai garis pandu bagi pekerja yang masuk ke Negara Brunei Darussalam dari Negara asal melalui pengangkutan udara semasa fasa awal endemik.
Bagi pekerja untuk mengikuti prosedur sebelum pelepasan dari negeri asal dan setelah ketibaan di Negara Brunei Darussalam yang teratur menurut tatacara yang ditetapkan oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam.
A. SYARAT-SYARAT PRA-PELEPASAN
1. Individu yang membuat pelepasan adalah dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran
khas Entry Travel Pass (ETP) terlebih dahulu melalui laman portal JPM
sekurang-kurangnya lapan (8) hari sebelum tarikh perjalanan ke Negara Brunei
Darussalam
Individu dikehendaki untuk menjalankan ujian swab PCR dalam tempoh 48 jam sebelum bertolak ke Negara Brunei Darussalam
Ujian swab akan dijalankan di Pusat Kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Negara bekenaan
Keputusan ujian swab COVID-19 yang negatif hendaklah dikemukakan kepada pihak syarikat penerbangan sebelum bertolak ke Negara Brunei Darussalam
Individu hendaklah melengkapkan Borang Deklarasi Ketibaan (Arrival Declaration Form) melalui laman portal http://www.pmo.gov.bn/travelportal tidak melebihi 24 jam sebelum bertolak ke Negara Brunei Darussalam
Individu dikehendaki untuk membuat pembayaran awal bagi ujian swab PCR dan ART (BND100) yang akan dijalankan setelah tiba di Negara Brunei Darussalam
Pembayaran hendaklah dibuat selepas mendapat keputusan ujian swab PCR 48 jam sebelum bertolak ke Negara Brunei Darussalam
Pembayaran bolehlah dibuat secara talian (online) melalui Borang Deklarasi Ketibaan (Arrival Declaration Form) di laman portal Jabatan Perdana Menteri
https://www.healthinfo.gov.bn/travel#/user/login
Individu hendaklah mendapatkan resit pembayaran daripada ‘Kerajaan Negara Brunei Darussalam’ atau ‘Kementerian Kesihatan’
Menyediakan salinan imbasan resit untuk dikemukakan kepada pihak syarikat penerbangan apabila diperlukan
Resit pembayaran hendaklah menyatakan nama dan nombor pasport individu yang betul
7. **Individu perlu mendapatkan Insuran Perubatan Perjalanan yang meliputi perlindungan
COVID-19 (dengan perlindungan minimum BND50,000) daripada ejen atau syarikat
insuran pilihan mereka sebelum membuat perjalanan ke Negara Brunei Darussalam
- Untuk dikemukakan kepada pihak syarikat penerbangan sebagai bukti
B. SEMASA MEMBUAT PENDAFTARAN MASUK (CHECK-IN) DI LAPANGAN TERBANG,
INDIVIDU DIKEHENDAKI UNTUK MENGEMUKAKAN DOKUMEN-DOKUMEN BERKENAAN
KEPADA PIHAK SYARIKAT PENERBANGAN:
Rekod vaksin yang menunjukkan individu telah melengkapkan vaksinasi COVID-19
- Samaada sijil digital yang tertera pada applikasi BruHealth atau Buku Kuning
Pasport yang sah
Kebenaran Khas “Entry Travel Pass” yang diiktirafkan (printed)
Deklarasi Ketibaan yang lengkap (Arrival Declaration Form)
Bukti memuat turun aplikasi BruHealth di telefon bimbit
Keputusan ujian swab PCR negatif yang diperolehi dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas
Salinan imbasan resit pembayaran bagi ujian swab PCR dan ART yang akan dijalankan setelah ketibaan
Tempahan bagi hotel penginapan di Negara Brunei Darussalam untuk menjalani pengasingan diri mandatori
Visa yang sah / pas imigresen yang sah
10. **Insuran Perubatan Perjalanan yang sah yang meliputi perlindungan COVID-19
(dengan perlindungan minimum BND50,000) daripada ejen atau syarikat insuran
pilihan mereka sebelum membuat perjalanan ke Negara Brunei Darussalam
C. PROSEDUR SELEPAS KETIBAAN
Individu adalah dikehendaki untuk menjalankan ujian swab ART dengan segera setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei
Individu adalah dikehendaki untuk menjalani pengasingan diri mandatori serta merta di hotel penginapan yang diisytiharkan
Dalam tempoh 2 ke 14 hari menurut notis pengasingan diri yang dikeluarkan dan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan.
Individu tidak dibenarkan untuk meninggalkan hotel penginapan kecuali bagi menjalani ujian swab PCR di pusat swab Kompleks Sukan, Hospital RIPAS dan sehingga keputusan ujian swab PCR tersebut adalah negatif.
Hari Ketibaan adalah Hari 0 - pengasingan diri, Hari ke-lima - menjalani ujian
swab PCR,
Ujian swab PCR pada hari yang ditetapkan (Hari ke-lima) akan dibawa oleh pengangkutan yang disediakan oleh pihak hotel untuk membuat perjalanan menuju ke pusat swab
Penggunaan PENGANGKUTAN AWAM selama tempoh pengasingan diri adalah sama sekali TIDAK DIBENARKAN
Setelah selesai menjalani pengasingan diri di hotel penginapan yang diisytiharkan, individu hendaklah meneruskan pengasingan diri di rumah pekerja sehingga jumlah hari pengasingan diri tersebut mencapai 14 hari
Sekiranya individu disahkan positif COVID-19, mereka akan diberikan rawatan perubatan dengan segera
7. Tempoh standard bagi pengasingan diri mengikut keputusan ujian swab:
- Keputusan negatif - tidak lebih 14 hari
- Keputusan positif - sebanyak 14 hari
TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN
Sila ikuti prosedur yang ditetapkan pada hari tersebut